Thursday, September 30, 2010

Wajah-wajah anak2 Arwah Datuk Sosilawati Lawiya




Ini ialah gambar anak-anak Sosilawati Lawiya:
Sebuah keluarga bahagia d kelilingi anak-anak tersayang
Erni Dekritawati Yuliana, 25; Erwan Suwari Ridzuan, 24, Erni Erinawati Sofea, 21 tahun, Md Erwan Nasri, 23, Erni Reenilawati, 20, dan Siti Nur Fatimah, 13 tahun.


Anak sulung Sosilawati iaitu Erni Dekritawati Yuliana Buhari semakin terserlah kejayaan dan kebolehannya dalam dunia perniagaan dan namanya pun dikenali ramai. Erni ialah Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd sekarang. Bakatnya diwarisi dari ibunya Sosilawati dengan bukti kejayaan dalam bidang perniagaan.


Dia diajar berdikari sejak kecil, Erni atau mesra dipanggil Rita mendapat pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni (Tekstil) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Perniagaan Antarabangsa di Universiti Nottingham Trent, United Kingdom.

Rita mendapat pendedahan dalam dunia perniagaan sejak sekolah menengah apabila ibunya sering membawanya ke pejabat.Dia pernah meminta kebenaran ibunya untuk mencari pengalaman kerja di United Kingdom selepas tamat pengajian kerana penuntut asing mempunyai dua tahun visa untuk kerja, tetapi ibunya tidak membenarkannya bekerja di sana kerana buat apa membazir masa sedangkan lebih banyak benda boleh dipelajari bersama perniagaan ibunya sendiri



Salam takziah dan Al-fatihah

Wednesday, September 29, 2010

Mr Tokek yg Jutawan


My name is Mr Tokek yg Jutawan,ramai org nk culik saya ,Tapi saya tetap d tangkap jugak akhirnya,aklamklum i ni cantik.hhhhmmmm siapa tokek yg d gilai ramai kalu dapat tokek lh jd jutawan,saper tak nk jd jutawan ..kaseh pun mau!!! Kaseh pun baru je kenal dgn si Tokek jutawan ni,ni betul2 jutawan ..nk mintak no tel,Suami lbh handsome dari si Tokek, Nak sentuh Tokek ,rasa bukan muhrim..Nak cuit2 si Tokek ni,meremang bulu2 yg ada ni...aduhai mcm mana nk Mr Tokek ni,kalu dapat Si jantan Jutawan...wahhhh mata dh kabur dgn si tokek ni..Heheheheh


kaseh kenal tokek ni masa raya,sepupu byk cerita tentang si Tokek ni ,kalu dpt yg beso ,kayo koyo.Pasang teliga mcm gajah...heheehe.kaseh mmg tak pernah dgr sebelum ni saper tokek tu,tapi bila dia ckp Jutawan kalu dapat...lg la kembang teliga kaseh dgr..Heheheh
kaseh cari uncle google,uncle2 carikan Saper jutawan tokek tu..uncle bg ko g jumpa dgn bakal jutawan Tokek,Muka wak Ron ni agaknya handsome mcm Tokek ker!! hehehe..just Kidding wak ron..
wak Ron di SINI
Wak ron ada Tulis Berapa Aset Jika anda mendampingi Si tokek ni..
Banyak khasiat yg terdapat pada si tokek ni,tapi khasiat tu halal ker?Kaseh berfikir sejenak,kalu bukan islam yg gunakan tak mengapa lah.
Tokek atau Gekko atau geckoatau jawanya Tekek mcm nk tercekik heheheheh..eh ketawa lak kayo ni..k la selamat bertemu dgn Gekko..


Monday, September 27, 2010

SDSI Kembali lagi di Melaka



Salam semua ..untuk makluman semua 1 Malaysia,Satu daerah satu Industri (SDSI) kembali lagi
kali ni melaka akan mengadakan di kota fesyen,Orang ramai di jemput hadir pada 15 hingga 17 oktober ini untuk membeli n merasai berbagai2 produk Makanan,Pakaian , dan bermacam lagi.tak rugi jika anda bertandang ke SDSI kerana anda akan lebih mengenal barang2 buatan Malaysia.Kaseh ingin megucapkan sokonglah barangan buatan Malaysia..Untuk maklumat lanjut tentang sdsi ni di SINI




jika korang ada kamera canggih2 tangkap gambar cantik2 dan join contest ni..ko tangkap la gambar banyak2 selamat klik2
Pertandingan Fotografi Melaka Maju 2010 bermula dari 1 Septermber 2010 - 12 Oktober 2010. Sila dapatkan borang penyertaan di SINI

Friday, September 24, 2010

Ac mizal bergelar Datuk hujung tahun ini.


Terbaek!!

Terkejutz aku bila terbace tntg Ac akan dapat gelaran datuk.Muka ni akan dapat gelaran datuk,d harap Ac ubah gaya rambut,nanti takut lak org tgk rambut datuk terpacak2 hehehe .aku terbaca d sini.


Seperti yang kita sedia maklum, Sultan Pahang adalah sultan paling pemurah dalam memberikan darjat kebesaran bergelar Datuk ini. Dan kali ini, rezeki buat AC Mizal apabila hujung tahun 2010 ini akan berlaku majlis penganugerahan mengikut istiadat untuk gelaran datuk itu buatnya.

Gelaran “datuk” itu sudah dibenarkan pihak Istana untuk digunakan AC, tatapi sampai sekarang masih belum digunakannya.

“Gelaran itu satu anugerah kepada saya. Ia bagus untuk bisnes yang sedang saya jalankan sekarang, namun begitu buat masa ini saya belum berani untuk mengunakannya kerana belum menghadari majlis penganugerahan.”

Sure ramai yang pelik kenapa AC Mizal ni dapat penganugerahan Datuk? Apa sumbangan dia dalam industri dan untuk negara? Jawapannya mudah selepas hampir satu tahun AC Mizal yang juga merupakan pengurusi AC Konsortium Sdn Bhd menjalakan perniagaan. Jadi anugerah itu diberikan kepadanya sebagai artis yang berjaya di dalam perniagaan.

Ac Mizal juga mungkin akan bersara dalam masa 2 tahun ini selepas habis kontrak bersama Astro bagi menumpukan sepenuhnya karier’nya yang kini sebagai ahli perniagaan.

kaseh megharapkan yg terbaik bg Datuk AC mizal,muda2 dh dapat gelaran datuk ni..nampaknya isterinya lh tersenyum dapat gelaran Datin..tahniah!!


Samarinda Habil & Qabil



Berikut adalah Sinopsis Drama Samarinda Habil & Qabil:

Habil dan Qabil ialah kisah dua orang lelaki yang lahir pada hari yang sama, tapi dibesarkan dalam dua keluarga yang berbeza. Mereka selalu bersaing di sekolah hinggalah ke dunia korporat. Lepas tu jatuh cinta pulak dengan wanita yang sama. Persaingan yang hebat ni..siapakah yang dapat menambat hati wanita tu? Habil atau Qabil? Berdasarkan kisah Nabi Adam dulu, Habil dan Qabil ni memang jatuh cinta pada wanita yang sama kan? Dua hero hebat ni Zed Zaidi dan Aaron Aziz akan bertarung dalam drama Habil dan Qabil.

Cerita bermula...Habil Najmi (Aaron Aziz) dibesarkan oleh Yusoff (Azhan Rani) dan Umairah (Zila Bakarin) setelah ditinggalkan oleh ibu kandungnya, Habibah (Abby Nazri). Habil ditatang bagai minyak penuh oleh Umairah tetapi Yusoff selalu bersikap garang terhadap anak angkat ini.

Qabil Iskandar (Zed Zaidi) pula dilahirkan dan membesar di keluarga yang mewah. Ayahnya, Qamarul (Rashidi Ishak) seorang pengusaha tanah yang berjaya tetapi jarang meluangkan masa bersama isterinya, Intan (Abby Abadi) dan Qabil kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja. Qamarul yang bersikap dingin dengan Intan juga mengesyaki Qabil bukan anak kandungnya sebaliknya anak Intan bersama bekas kekasihnya, Smith (Geofrey Perrin Williams). Sementara itu, Qamarul juga sering terganggu dengan kisah silamnya di Kampung Sungai Manik.

Walaupun Habil dan Qabil belajar di sekolah berasrama yang sama di bandar, tetapi mereka tidak berkawan rapat dan sering bersaing dalam akademik dan sukan. Selepas tamat sekolah, Habil dan Qabil membawa haluan masing-masing sehingga bertemu kembali di dunia korporat. Kini, Qabil sibuk menguruskan syarikat arwah ayahnya yang telah bergabung dengan syarikat ayah tirinya, Smith iaitu Syarikat Qam & Smith Properties.
Sejak kematian suaminya, Intan telah memberi kepercayaan penuh kepada Smith dan tidak mengambil peduli mengenai hal ehwal syarikat. Habil pula berjaya memiliki syarikat sendiri. Habil menganggap pelaksanaan projek padang golf Qamarul di tanah Yusoff telah memusnahkan kehidupan Yusoff dan Umairah. Justeru itu,

Habil telah bertindak agresif untuk merampas semua mega projek Qam & Smith Propertis untuk membalas dendam. Mereka bukan sahaja bersaing dalam perniagaan tetapi juga jatuh hati kepada Maria (Siti Saleha). Tanpa diketahui, Maria juga menyimpan agenda sendiri selepas memutuskan untuk mengahwini Qabil.
Akhirnya Habil, seorang insan yang gigih dan pendiam berubah agresif kerana sentiasa mahu bersaing dengan Qabil yang membesar dalam kemewahan.

sedih cerita ni,tapi banyak yg tersirat..alah tak kisah lah yg penting kaseh suka.


Saksikan kesudahan drama Habil dan Qabil di klik2 dh dpt

Thursday, September 23, 2010

Bunga cinta lestari melahirkan anaknya


Tahniah wat Asraf sinclair n BCL semoga menjadi papa n mama
yg meletop Tahniah untuk kalian berdua


KEBAHAGIAAN tengah menyelimuti pasangan Bunga Citra Lestari (BCL) dan Asraf Sinclair. Artis cantik tersebut melahirkan anak pertamanya,
Rabu (22/9) siang. "Alhamdulillah, sudah lahir.
Baru saja sekira 30 menit yang lalu. Anaknya lelaki.
ujar manajer BCL, Dodi, Rabu (22/9).

Dijelaskan Dodi, proses persalinan penyanyi "Ku Tak Ingin Sendiri Itu"
cukup panjang. Dia dilarikan ke Brawijaya Women
and Children Hospital sejak pukul 03.00 WIB dini hari.
Setelah menunggu untuk melahirkan secara normal, akhirnya BCL pun memutuskan untuk operasi caesar.
"Lahirnya secara caesar. Untuk lebih jelasnya pihak rumah sakit sudah menyiapkan rilis untuk hal yang lebih detail.
Alhamdulillah, bayinya sehat," papar Dodi.




Ismail Jejaka vs lelaki gergaji



Gergaji lh wat alat Muzik yg tak pernah kaseh fikirkan sebelum ni,pakcik ni lh terfikir gergaji ni ada value masa dia bantu bapak nya nk asah gergaji n kebetulan pakcik ni minat gila nk jd pemuzik tu yg bunyi gergaji ada bunyi do re mi...kalu kaseh la gosok kuali ada bunyi kerek krut keret krut..patut la tak lh jd pemuzik,kuali kurg gosok kerak byk,hehehehe

Pagi2 bukak tv3 ada org main gergaji mcm main viola ,sahdu sungguh bunyinya,tak sangka gergaji pun leh wat alat muzik,mcm dh tak tak ada benda lain,seksanya guna gergaji heheheh,yg bagusnya pakciknya kn main lagu rock n mcm2 lagu guna gergaji..org2 kat luar rasa2 nak lain2 dari yg lain mcm nk wat majlis birthday ke ko nak kawin ker lh beli gergaji byk2 nk jemput pakcik ni.sape2 yg ada gergai kat umah n nk cuba ker pastikan anda menjaga keselamatan,nanti bukan bunyi yg kelur tapi bunyi neno neno neno.
.mesti korag teringit jumpa pakcik yg ada rekod tu!saper tak tgk tp dgr je namanya ,kaseh sarankan baik tgk dulu org nya...Ismail Jejaka,nama nya dh wat anak dara kat luar teerjerit2 oh Ismail jejaka..
.Ismail bukanlah seniman baru. Di Malaysia, namanya sudah tak asing lagi. Bahkan ia pernah memperoleh gelar Guiness Book of World Records pada era 1980-an. Kini Kota Bandung dipilihnya untuk meluncurkan album pertamanya.
p/s kaseh baru tau! heheheh

Tuesday, September 21, 2010

Tema Baju Raya 2010

Salam Kaseh Sayang semua.
Mood aku masih nak raya..wat entry pun ceta tntang raya,mana tak nya masuk umah je dah nampak kuih raya atas meja,duk jap mkn kuih raya ..tetamu tak datang biar tuan umah yg mkn huhuhuh...meh la datang.sesapa yg nk open house ke nk bukak pintu umah ker..jgn la segan2 jemput kaseh datang..heheheh

Raya tahun ni,kaseh banyak buat persiapan untuk anak2 n suami..baju raya kaseh beli masa mlm sebelum balik kampung nun d jhr,ingat tak nak beli baju raya,tapi abg manje ckp beli la ayg nanti tak match dgn anje...aku tahan2 tak nak beli tapi nak wat mcm mana tergoda gak dok beli baju kurung moden



Raya ke 2 ..Ada nampak mcm serupa tak!

Mia zara yasmin n Mia zara tasnim pakai baju yg sama,kurung pahang..alahai comelnya anak ku..husband ku tahun ni sebuk nk cari baju ala2 ceta indon cinta n anugerah puas mencari dan akhirnya dapat gak jenama nya pelik sikit "bin salem" tapi cantik koleksinya.



Mia zara yasmin dgn cousin faqihah sebuk nk main bunga api sempat pose



Mia zara tasnim ni raya asyik nga gek je,gigi baru tumbuh!

kalu korang rasa mcm pernah nampak muka2 ni..heheheh iras2 je




Friday, September 17, 2010

kelebihan Puasa 6 hari di Bulan Syawal

Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.” (HR. Muslim).

Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi shallallahu ‘alaihi wasalllam bersabda:
“Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh.” ( Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam “Shahih” mereka)


salam semua,bulan syawal ni mcm2 mkn,agak2 perut pun dah ke depan..nk kurus bukan main susah tapi nk gemuk sekejap jek! huhuhuh bulan ramadhan berat turun menurun habis puasa ambik ko mak oiii naik lemak2 mana tak nya kuih raya mcm2 warna,tu belum lagi d campur dgn mkn2 yg berat2.

Umat islam dh seminggu beraya,mungkin lepas ni kaseh n korang yg dh terlbh2 lemak munkin lh puasa 6,banyak klbhan berpuasa 6 ni,selain dapat menjaga kesihatan,dapat pahala tau..jom2 puasa 6


Monday, September 6, 2010

kaseh ucap selamat hari Raya


Salam Ramadhan d akhir sebelum kita semua jumpa dgn abang Syawal..hehehe sedih rasanya nk tinggalkan Ramadhan ni,tapi nk macam mana syawal nk datang gak!! sahabat2 semua dah sedia nk beraya dgn baju raya,kuih raya,duit raya..jalan raya..sepanjang bulan Syawal ni korang akan betemu dgn Raya je..jadi korang wajib berhati2 dgn semua yg berkaitan dgn Raya ni,Sayangilah insan yg tercayng,Buat semua teman2 blogger ke layan lagu raya..ha kan kaseh dh cakap semua ada kaitan dgn perkatan raya...RAYA..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI SEKELUARGA