Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Monday, December 6, 2010

Muharam datang lagi memanggil?????


Salam untuk semua,Esok dah Masuk tahun baru dalam bulan Islam..Bulan ape????
mesti ramai tak tahu,Muharam.... dah berapa hijrah????jgn lupa baca doa awal tahun dan baca doa akhir tahun...doa ni sekali dalam setahun je,tak susah nak buat,jadi jgn liat nak baca.


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Muhasabah diri untuk tahun baru..Masuk je tahun baru,ramai yg suka kat En Azam...tapi dah tetunai ker azam korang...cerita tentang azam,kadang2 lain yg kita azamkan,lain yg jadinya..heheheh..tapi alhamdullilah..tak kira la azam korang tertunai cepat atau lambat yg penting mencuba lebih baik dari tengok je!!!!

Friday, September 17, 2010

kelebihan Puasa 6 hari di Bulan Syawal

Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.” (HR. Muslim).

Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi shallallahu ‘alaihi wasalllam bersabda:
“Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh.” ( Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam “Shahih” mereka)


salam semua,bulan syawal ni mcm2 mkn,agak2 perut pun dah ke depan..nk kurus bukan main susah tapi nk gemuk sekejap jek! huhuhuh bulan ramadhan berat turun menurun habis puasa ambik ko mak oiii naik lemak2 mana tak nya kuih raya mcm2 warna,tu belum lagi d campur dgn mkn2 yg berat2.

Umat islam dh seminggu beraya,mungkin lepas ni kaseh n korang yg dh terlbh2 lemak munkin lh puasa 6,banyak klbhan berpuasa 6 ni,selain dapat menjaga kesihatan,dapat pahala tau..jom2 puasa 6


Sunday, July 11, 2010

Gaji seorang isteri

Salam kaseh di petang 28 rejab

gaji seorg isteri,kena mintak ni..nk kira brp tahun aku kawin ni...heheheh
Ustad ni hanya memberikan sedikit takzkirah tntg Rumahtangga..Mungkin kita bleh Menambah ilmu,untuk diri ..

Wednesday, June 16, 2010

Sungai dalam Laut


Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut


“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis yg bertemu dgn keajaiban alam,

( surat Ar-Rahman ayat 19-20) .bermaksud.”Ertinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas. Dlm laut ada gua yg menuju ke sungai dlm laut.


Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar.

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan.
dan memeluk islam


Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Monday, June 14, 2010

Tips Tambah pahala bulan REJAB

Cepat saje msk bulan Rejap,Kepada Kawan2 blogger.. diucapkan selamat menyambut bulan Rejab.... Semoga anda semua dapat manfat dari bulan ini.. Amin.. bersama kita renungkan segala Fadhilat pada bulan Rejab...


Tips Tambah pahala bulan REJAB


* Rasulullah S.A.W bersabda : “Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari Syurga”

* Rasulullah S.A.W bersabda : “Puasa tiga hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke neraka.” (Panjangnya parit setahun perjalanan).

* Rasululalh S.A.W bersabda : “ Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti berpuasa sebulan pahalanya.”

* Rasulullah S.A.W bersabda : “Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti”

* Rasululalh S.A.W bersabda : “Puasa tujuh hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya tujuh pintu neraka”

* Rasulullah S.A.W bersabda : “Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kedukaan orang mukmin pada bulan Rejab, dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar dalam Janatul Firdaus”

* Rasululalh S.A.W bersabda : “Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga) seperti berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajat di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di atas Siratulmustaqim.”

NOTA : Segala khasiat yang diperturunkanoleh fadilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Oleh itu carilah keredaan-Nya dengan melaksanakan perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya.

Wednesday, June 9, 2010

Tips en M.IzraiL Datang




Salam untuk semua,Ingat meningati tntg kematian adalah bagus,Bila tarikahnya En Izrail dtg nk jumpa tak ada sorg pun tau!!!Allah telah menetapkan jodoh mati rezeki masa kita 4 bulan lagi dlm perut.Mati aku pun takut mati...tapi masanya akan sampai gak,kenapa kita manusia tak tau tntg tarikah mati? sbbny allah hendak menguji manusia dgn Allah,bagaimana hubungan ..adakah kita menunaikan kewajipan Rukun islam.Dalam hidup kita ada 2 hari ni saja yg org datang tgk kita 1.Masa kita pakai baju liplap2 duk sengih2 kat atas pelamin>>>> 2. Bila sekujur tubuh dibaluti kain putih >.>>>
Setiap baby lahir mesti ada tanda kat badan kita kiranya tanda lahir la,berbagai2 corak dan warna warni...
dan stiap org yg dh jumpa En m.Izrail ni pun ada tanda..tgk la..












100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma
samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku
lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut

40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka
malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan

3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu
diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah
kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini
akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini
juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit
hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita
melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian
hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang

1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan
di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita
tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke
bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah
dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput
kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

Ya Allah Tempatkan aku pd golongan yg beriman

Monday, May 31, 2010

Kasih Sayang


Kasih Sayang, Kekayaan dan Kejayaan!"

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang
lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman
rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya, " Saya tidak
>>fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti
sedang
>>lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."

>>"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.

>>"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."

>>"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.

>>Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun
memberitahunya kejadian tersebut.

>>"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk
>>kedalam sekarang!"

>>Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke
dalam.

>>"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.

>>"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

>>Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :

>>"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah
seorang
>>kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia
adalah
Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

>>Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan
>>berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang
kamu
>>ingin jemput kedalam rumah."

>>Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara
>>tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

>>"Bagusnya!!" dia berkata.

>>"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi
rumah
>>kita ini dengan Kekayaan!"

>>Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput
Kejayaan?"

>>Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu
dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan
pandangannya
>>"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita
ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

>>"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

>>Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana
satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

>>Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang
>>lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya
>>kepada Kekayaan dan Kejayaan :

>>"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

>>Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau
Kejayaan,
>>yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.Dimana ada
>>Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

Wednesday, May 26, 2010

kata-kata Terakhir


Pesanan LuqmanulHakim yg Terakhir


Pesanan LuqmanulHakim kepada anaknya "Wahai
anakku, duduklah bersama sama ulama' dan berbincanglah bersama mereka
dengan penuh dedikasi, maka sesungguhnya Allah akan menghidupkan segala
isi hati hambanya dengan cahaya hikmah ilmu-Nya seperti mana menyubur
bumi dengan titisan hujan’.Demikian juga Muaz bin Jabal pernah menegaskan:
... "Tuntut olehmu akan ilmu sesungguhnya menuntut ilmu kerana Allah akan
menjadikan kamu takut kepada-Nya. Menuntut ilmu adalah ibadat,
mengingati ilmu merupakan tasbih,membincangnya pula adalah jihad dan
sekiranya kamu ajar kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah.
Manakala menghabiskan masa dengan ahliilmu merupakan pendekatan diri
kepada Allah dan ilmulah yang memberi pengetahuan terhadap kamu soal
halal haram, makruh atau syubhah yang akan terpelihara diri kamu dari
api neraka".