Showing posts with label Resepi Dapur Aku. Show all posts
Showing posts with label Resepi Dapur Aku. Show all posts

Sunday, October 24, 2010

cupcake kaseh
















kaseh berkesempatan nk share resepi kek cawan yg comel2 secomel tuan yg empunya..Hahahah
Nak tempah kek cawn lah tempah di Homemade
Resepi mudah dariku..

Vanilla cupcake

1/3 cawan mentega atau margerin, dilembutkan.

2/3 cawan gula
½ sudu teh baking powder.
½ sudu teh baking soda.
1 biji telur.
1 sudu teh vanilla.
1/3 cawan yoghurt tanpa perisa.
1/3 cawan susu segar.
1 1/3 cawan tepung gandum

CARA:
Panaskan oven 350°F (175°C).
Masukkan 12 keping alas cupcake dalam loyang
Di dalam mangkuk sederhana besar, pukul mentega dan gula hingga rata.Masukkan baking powder dan baking soda ke dalam adunan dan pukul sehingga berwarna pucat (selama 1 minit)

Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul sehingga kembang.Campurkan vanilla yoghurt dan susu dalam mangkuk yang lain.

  1. Dengan menggunakan mixer pada kelajuan yang rendah, pukul yoghurt dan susu bersama adunan mentega tadi. Adunan menjadi seakan dadih. Campurkan pula tepung sehingga adunan rata.

    Masukkan ke dalam loyang.

    Masak 15-20 minit bergantung oven korang ,hati2 jgn hangus Heheh..selepas tu lh deko..kalu tak boleh gak tempah jek!
Selamat mencuba..

Wednesday, July 7, 2010

Muffin Apple kaseh




BAHAN - BAHANNYA :-)
180 g mentega
100 g gula perang (brown sugar)
40 g gula halus
2 biji telur saiz A
80 ml susu segar
200 g tepung gandum*
2 camca teh baking powder*
1/4 camca teh serbuk kayu manis (optional)*(*digaul rata dan ayak)
1 biji epal hijau, kupas kulit dan parut kasar
10 - 15 biji kacang hazelnut, cincang kasar
1 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas bekas muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Putar mentega, gula perang dan gula halus hingga rata. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
  2. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis, gaul rata. Masukkan esen vanilla, epal dan cincangan kacang hazelnut , gaul rata menggunakan spatula,tak ada guna senduk je
  3. Sudukan ke dalam bekas muffin tadi 3/4 penuh, buat hingga siap dan bakar 20 - 25 minit hingga kuning keemasan mengikut keadaan oven masing. sejukan ..siap,hiaskan dgn aising atau mkn terus pun lh.
*Muffin ni menerima tempahan.jika anda berada d melaka dan di sekitar kluang,kulai,bandar Tenggara ,simpang Renggam*

Tuesday, June 15, 2010


















Bahan-Bahan

Mee kuning 250g
Sawi
Tomato 1/2 biji
Bawang Merah 2 biji
Bawang Putih 2 ulas
lada api 3 biji(nk hot tambh lg)
kicap lemak Manis(atau kicap pekat)
Telur 1 biji
Udang 10 ekor
Tepung jagung 3 sudu
Lada Sulah 3 sudu
Minyak 2 sudu
Bawang Goreng(tak nk pun tak pe)
Garam
Serbuk perisa

Cara buat kuah
Tumbuk bawang merah ,putih, lada api,hingga lumat.
Panaskan minyak,tumiskan rencah td,hingga naik bau harum..(bukan hangit)
Masukkan kicap, dan tepung jagung yg dh d bancuh dgn air...
Tunggu sampai pekat,
Masukkan Tomato udang,garam dn perisa...pak aji
Telur dan lada sulah
Tutup api

Sedia Untuk D hidang..
U/p Mee racun tmpat lain guna lada kering..




Saturday, May 8, 2010

Daging salai kaseh















  • Daging salai kaseh

500 gm daging (yg dah di salai atau panggang dgn mentega )
3 biji ubi kentang
2 bawang merah
3 cili padi(nk pedas tambah lagi)
3 biji bawang putih
5 gm halia
5 gm kunyit hidup

cendawan
lobak merah
1 bijitomato
1 biji kelapa(ambil santan atau santan kotak pun lh)
2 batang serai
2 sudu minyak masak



langkah 1
Panaskn minyak masukkan bawang merah,bawang putih,lada kunyit,halia yg ditumbuk,bau dah naik,masukkan daging salai,gaul dgn sebati,masukkan kentang, santan sikit dan tutup

langkah 2
bila daging dah lembut,masukkn cendawan ,lobak merak,garam, gula.tutup sekejap

langkah 3
senang kn,dh msk...sedia untuk dmkn..
resepi dapur aku



Thursday, May 6, 2010

Butter Prawn






















Butter Prawn

Udang besar10 ekor
telur kuning (dipukul)3 biji
Cili padi (potong nipis) 4 biji
Daun kari 1 tangkai
Butter 3 sudu besar + 2 sudu besar
stok ayam 1 cawan
bawang merah (cincang) 1 sudu besar
bawang putih (cincang) 1 sudu kecil
minyak masak 1 sudu besar + utk mengoreng

Langkah 1

Panaskan minyak dan goreng udang sehingga kuning keemasan
angkat dan tapis

Langkah 2(floss kuning telur)
Panas kan kuali masukkan butter 3 sudu dan minyak 1 sudu besar (minyak boleh mengelak butter menjadi hitam)
Masukkan kuning telur dan sentiasa kacau mengikut bulatan sehingga telur bertukar menjadi kuning keemasan.
masukkan udang,stok ayam,lada potong bawang merah dan putih,garam,serbuk perasa.
gaul sampai sebati,dan warna kekuningan dan agkat trus tapiskan butter prawn td.

Angkat dan letakkan didalam pinggan
selamat mencuba...

Sunday, May 2, 2010

ASAM PEDAS MELAKA

Bagaimanakan caranya untuk membuat asam pedas Melaka yang enak?

Ada beberapa versi masakan asam pedas di Melaka ini, dan dengan itu agak sukar utk menentukan yg manakah lebih "original" dari yg lain. Hanya orang-orang (tua) yg berasal dari Melaka yg dapat menilainya sendiri.

ASAM PEDAS MELAKA
600 g ikan parang,ikn pari terubok dll
1 batang serai, dititik
4-5 tangkai daun kesum (di sesetengah tempat, diganti dengan bungan kantan)
1½ sudu besar asam jawa } campur utk
400 ml air } air asam
300 g kacang bendi – dihiris pangkal
60 ml minyak
1 sudu besar gula
garam secukup rasa

Bahan Kisar:
15-20 tangkai cili kering – direndam
1 cm kiub belacan, dibakar
½ sudu teh lada hitami & ditumbuk dulu
½ sudu teh jintan putih }
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Cara membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan air asam jawa dan ikan. Masak hingga mendidih.
3. Bubuh daun kesum atau bunga kantan, kacang bendi, garam dan gula. Kacau sekali-sekala.
4. Bila bendi lembut dan ikan masak, angkat dan hidangkan.