Sunday, October 24, 2010

cupcake kaseh
















kaseh berkesempatan nk share resepi kek cawan yg comel2 secomel tuan yg empunya..Hahahah
Nak tempah kek cawn lah tempah di Homemade
Resepi mudah dariku..

Vanilla cupcake

1/3 cawan mentega atau margerin, dilembutkan.

2/3 cawan gula
½ sudu teh baking powder.
½ sudu teh baking soda.
1 biji telur.
1 sudu teh vanilla.
1/3 cawan yoghurt tanpa perisa.
1/3 cawan susu segar.
1 1/3 cawan tepung gandum

CARA:
Panaskan oven 350°F (175°C).
Masukkan 12 keping alas cupcake dalam loyang
Di dalam mangkuk sederhana besar, pukul mentega dan gula hingga rata.Masukkan baking powder dan baking soda ke dalam adunan dan pukul sehingga berwarna pucat (selama 1 minit)

Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul sehingga kembang.Campurkan vanilla yoghurt dan susu dalam mangkuk yang lain.

  1. Dengan menggunakan mixer pada kelajuan yang rendah, pukul yoghurt dan susu bersama adunan mentega tadi. Adunan menjadi seakan dadih. Campurkan pula tepung sehingga adunan rata.

    Masukkan ke dalam loyang.

    Masak 15-20 minit bergantung oven korang ,hati2 jgn hangus Heheh..selepas tu lh deko..kalu tak boleh gak tempah jek!
Selamat mencuba..

No comments: