Monday, May 31, 2010

Kasih Sayang


Kasih Sayang, Kekayaan dan Kejayaan!"

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang
lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman
rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya, " Saya tidak
>>fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti
sedang
>>lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."

>>"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.

>>"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."

>>"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.

>>Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun
memberitahunya kejadian tersebut.

>>"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk
>>kedalam sekarang!"

>>Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke
dalam.

>>"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.

>>"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

>>Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :

>>"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah
seorang
>>kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia
adalah
Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

>>Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan
>>berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang
kamu
>>ingin jemput kedalam rumah."

>>Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara
>>tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

>>"Bagusnya!!" dia berkata.

>>"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi
rumah
>>kita ini dengan Kekayaan!"

>>Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput
Kejayaan?"

>>Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu
dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan
pandangannya
>>"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita
ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

>>"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

>>Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana
satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

>>Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang
>>lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya
>>kepada Kekayaan dan Kejayaan :

>>"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

>>Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau
Kejayaan,
>>yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.Dimana ada
>>Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

Wednesday, May 26, 2010

kata-kata Terakhir


Pesanan LuqmanulHakim yg Terakhir


Pesanan LuqmanulHakim kepada anaknya "Wahai
anakku, duduklah bersama sama ulama' dan berbincanglah bersama mereka
dengan penuh dedikasi, maka sesungguhnya Allah akan menghidupkan segala
isi hati hambanya dengan cahaya hikmah ilmu-Nya seperti mana menyubur
bumi dengan titisan hujan’.Demikian juga Muaz bin Jabal pernah menegaskan:
... "Tuntut olehmu akan ilmu sesungguhnya menuntut ilmu kerana Allah akan
menjadikan kamu takut kepada-Nya. Menuntut ilmu adalah ibadat,
mengingati ilmu merupakan tasbih,membincangnya pula adalah jihad dan
sekiranya kamu ajar kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah.
Manakala menghabiskan masa dengan ahliilmu merupakan pendekatan diri
kepada Allah dan ilmulah yang memberi pengetahuan terhadap kamu soal
halal haram, makruh atau syubhah yang akan terpelihara diri kamu dari
api neraka".

Tuesday, May 25, 2010

oh Melaka
























Ini Adalah Logo Sukan Malaysia Melaka,teka binatang apa?



















Sang Kancil, haiwan lagenda merupakan maskot yang dipilih bagi SUKMA XIII, Melaka 2010.
Rekabentuk maskot SUKMA XIII ini berimejkan pahlawan Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka iaitu Hang Tuah.
Ia bertujuan menggambarkan imej negeri Melaka sebagai sebuah negeri bersejarah. Aksi maskot mencerminkan ketangkasan, keberanian dan kebijaksanaan.

Nama maskot SUKMA XIII, Melaka 2010 dipilih sebagai ”tuah” sempena nama pahlawan tersebut. Pemilihan nama ini juga memberi maksud negeri Melaka sebagai sebuah negeri yang bertuah kerana dipilih menjadi tuan rumah SUKMA XIII pada 2010,jika anda hendak mengetahui lbh lanjut tentang sukan ni,boleh ke http;//www.sukma2010.com.my/day.html



Monday, May 24, 2010

OH MELAKA






























Oh Melaka destinasi keluarga
Gambar yg diatas,ialah salah satu tempat di Melaka,jalan menghala ke Bandar Hilir dan berhadapan dgn traffik light.
Melaka akan menjayakan satu termasya sukan,jd tulisan kat air terjun tu dh berubah kepada Sukan Malaysia XIII Melaka 2010 Harmoni dan Cemerlang

Thursday, May 20, 2010

Cipta kemanisan dalam Rumah Tangga

Salam untuk semua,aku sempat uuntuk menulis entry baru,untuk aku kongsi dan sama2 kita pelajari dan fikirkan bagimana kita hendak mencari atau mencipta kemanisan dalam suatu hubungan atau ikatan perkahwinan.
Menjadi jambatan yg kukuh agar hubungan itu,diberi kebahagian dunia dan terus abadi dari ia sah diijabkabul oleh imam pada hari bahagia.Adab2 yang perlu ada dalam membina sebuah hubungan kadang kala ada pasang surutnya,
Jadi Persefahaman sikap toleransi dan menerima perubahan positif amat penting untuk kerukunan Rumah tangga.sama2lah kita cipta kemanisan untuk kebahagian,dan kurangkan kemanisan
dalam minuman,lbhkan pada senyuman

Ciuman,merupakan hadiah yg free untuk pasangan.jd tak susah kan.



Cincin Perkahwinan,sarungkan dijari..tapi kalu dh tak muat,almaklum lemak kat jari byk..hehehe mintak la yg cincin baru,kalu mampu.


Hormat,Adab ni wajib dijaga supaya tidak menyakiti pasangan.



Lemah-lembut/Budi bahasa,kata-kata yang lembut sedap telinga nk dgr,lg lembut lain jdnya..pun bagus jugak hehehe.


Senyuman,oh senyumlah senyumlah ahai cik mek molek..senyum tu kan sedekah tak keluar duit pun,tapi kalu lbh senyum ?


Sentuhan,jika tak dapat nk meluahkan perasan sayang dgn pekataan..sentuh je bagi yg halal jek!


Perubahan,setiap org yg berumah tangga pasti akan mengalami perubahan,masa bercinta lain tunang lain...alam rumah tangga ada cabarannya...


Hadiah,ni tak semestinya dgn nilai duit,byk yg bole kita hadiahkan jika kita mau.



Cuti,Mkn Mlm ..bercuti ke tempat2 yang boleh mengeratkan hubungan,



Impian,Ceritakan Impian anda pada pasangan ,sekurang2nya kalu ada rezeki bole ditunaikan...tp kalu impian nk tambah kuota lagi...alamak !!!!! mintak nasihat dari pejabat agama.

Mungkin ini diantara yg aku fikirkan relevan dalam suatu hubungan...kalu sahabat ada yg lain bole kita kongsi bersama...

Wednesday, May 19, 2010

Info lelaki


Mencari suami Mithali

"Seorang wanita janda tidak boleh dinikahkan sebelum ia diminta pertimbangan dan seorg gadis perawan tidak boleh dinikahkan sebelum ia diminta persetujuan"
Riwayat Bukhari dan Muslim"

Manusia di beri kebebasan untuk memilih pasangan hidupnya,dalam mencari pasangan hidup untuk seumur hidup.setiap wanita perlu berhati2 untuk memilih pasangan hidup.Biarpun tidak mencari pasangan yg sempurna namun sekurang2 lelaki itu boleh memiliki,sesetengah sikap yg tertera di bawah


Kuat Agamanya
Baik akhlaknya
Bertanggungjawab



Pemurah tetapi tidak boros
Rakan pergaulanya






Tenang wajahnya
Tidak liar matanya


Monday, May 17, 2010

Geramnya kat (coklat)










KEBAIKAN COKLAT……
salam untuk semua,byk blogger,wat contest hadiahnya coklat..sampai aku pun terjerumus nk msk contest tu gak..tp aku bukan nk bg korang mkn coklat,nk bg tau n kongsi tntg coklat..atau ada ke org kat luar tu yg hari2 nk mkn coklat,kalu tak dapat rasa mcm lari lari lari g beli coklat.

Coklat bukan sahaja gemar dinikmati oleh si anak kecil.Khabarnya,coklat banyak memberi kebaikan kesihatan,kecantikan dan ghairah orang dewasa?Sebab itulah coklat sering menjadi hadiah untuk orang tersayang pada hari-hari tertentu.Mengapa coklat dijadikan sebagai lambang cinta?Apa kandungan zat yang terdapat di dalamnya sehingga ‘makanan lazat’ ini digemari ramai?.Adakah coklat ini boleh dilabelkan sebagai makanan menyihatkan atau sebaliknya?
  • Coklat Untuk Kesihatan
  • Coklat Kaya Vitamin
  • Coklat Itu Menenangkan
  • Coklat Untuk Kecantikan
  • Coklat Bibitkan Rasa Cinta
  • Coklat Untuk Ghairah Seks
Dalam menjawab pertanyaan bahwa coklat hanya sekadar junk food, kita harus mengetahui khasiat coklat terlebih dahulu. Khasiat coklat diantaranya:1. coklat ternyata berkhasiat membuat umur seseorang menjadi lebih panjang.
  • Mencegah risiko penyakit jantung koroner dan cancer.
  • Mencegah penuaan (awet muda la tu)
  • Dapat membuat orang tenang dan membuat perasaan menjadi gembira.
  • Menurunkan tekanan darah.
  • Penelitian terbaru menunjukkan bahwa coklat mungkin juga memiliki manfaat untuk mengubati penyakit stroke.

Coklat bukan penyebab sesorg itu,gemuk..ingat bukan gemuk,tp kalu korang mkn mcm nk kembungkan perut,mcm jakun lak tak pernh jumpa coklat.ada juga yg ckp kalu sesorg itu ada penyakit maigrain(mcm aku la)coklat boleh meransgsang untuk maigrain tu jd lbh sakit..(tp aku mkn gak)hehhe coklat ni sdp.tak tahan aku tgk org mkn.
untuk pengemar coklat mkn coklat sebenarnya boleh ,tapi..ada tapi nya berpada2..

Sunday, May 16, 2010

Hari Guru

video
Belum terlambat untuk aku cakap..
Selamat hari guru uuntuk semua yang bergelar pendidik..terima kaseh cikgu,
Bila tiba hari guru ,pasti aku teringat tntg kenangan aku bergelar cikgu sekolah,aku suka jadi cikgu seronok seronok sangat2... bila tiba hari guru,sekolah akan sambut dgn berbagai2 acara untuk guru dan ank murid bermesra.bagi guru yg sporting,cantik,pasti akan dpt hadiah paling byk..skrg nk jd cikgu kena ada pakej gak..cuba korang ingat2 masa sekolah dulu,kalu ada guru baru dtg sekolah ,mesti jd penyebuk...sebuk nk tgk cikgu baru cantik tak?handsome kr?byk lagi
bagi cikgu yg ada pakej anda pasti menjadi pujaan...dari hujung rambut,baju warna apa? sampai kasut cikgu pakai?minyak wangi?
aku pernah rasa menjadi cikgu pujaan..hahhhaah dulu lahh,
jadi dgn bangganya aku nyayikan lagu selamat hari guru buat sahabat2ku yg berjuang untuk melahirkan ank murid yg berilmu dunia dan akhiart dan untuk semua yg bergelar pendidik..jasa mu sukar untuk dbalas,dan pecayalah wajahmu pendidik sentiasa awet muda je...


Wednesday, May 12, 2010

WAJARKAH LELAKI TURUN KE DAPUR??


WAJARKAH LELAKI TURUN KE DAPUR?



LELAKI turun ke dapur?Mungkin ada tapi tak ramai.kalau ada pun mungkin ia sudah dilatih masa kecil ataupun dah mmg tukang
msk.kebiasaanya lelaki bujang lbh suka order je kat kedai.tp bila poket dh kering ape lagi mula msk mkanan kegemaran maggie siap di msk... Apabila dah berkahwin pula,sudah tentu lelaki mengharapkan isteri yg msk,untung kalu dapat isteri yg pandai msk,kalu dapat isteri yg jg kuku jek,jg tangan nanti kalu cuci pinggan tgn kasar..hehhe agak2 mcm mana lh yek.




BENARKAH LELAKI TIDAK RAJIN TURUN KE DAPUR?


Bagi lelaki yg,budiman bantu wife tolong msk,seronok rasanya.lelaki kalu diberi tugas memasak kdg2 rasanya bole thn sdp sbenarnya.

Saturday, May 8, 2010

Daging salai kaseh















  • Daging salai kaseh

500 gm daging (yg dah di salai atau panggang dgn mentega )
3 biji ubi kentang
2 bawang merah
3 cili padi(nk pedas tambah lagi)
3 biji bawang putih
5 gm halia
5 gm kunyit hidup

cendawan
lobak merah
1 bijitomato
1 biji kelapa(ambil santan atau santan kotak pun lh)
2 batang serai
2 sudu minyak masak



langkah 1
Panaskn minyak masukkan bawang merah,bawang putih,lada kunyit,halia yg ditumbuk,bau dah naik,masukkan daging salai,gaul dgn sebati,masukkan kentang, santan sikit dan tutup

langkah 2
bila daging dah lembut,masukkn cendawan ,lobak merak,garam, gula.tutup sekejap

langkah 3
senang kn,dh msk...sedia untuk dmkn..
resepi dapur aku



Friday, May 7, 2010

Batuk oh Batuk









Batuk oh Batuk


Salam untuk semua

Bangau oh bangau nape ko sakit....Aku bukan nk nyanyi lagu bangau tu,tp aku sakit tekak,rasa mcm nk korek je garu2 sikit kr,tekak ku gatal dan trus batuk trus.....tension!!
doktor,bg ubt batuk,tak kurag pun.7 hari 7 mlm aku mcm ni dh mcm pakej bulan madu,aduhai

kalu ada saper2,yg ada petua kr?lh bg comment kat aku....plzzzz

Thursday, May 6, 2010

Butter Prawn






















Butter Prawn

Udang besar10 ekor
telur kuning (dipukul)3 biji
Cili padi (potong nipis) 4 biji
Daun kari 1 tangkai
Butter 3 sudu besar + 2 sudu besar
stok ayam 1 cawan
bawang merah (cincang) 1 sudu besar
bawang putih (cincang) 1 sudu kecil
minyak masak 1 sudu besar + utk mengoreng

Langkah 1

Panaskan minyak dan goreng udang sehingga kuning keemasan
angkat dan tapis

Langkah 2(floss kuning telur)
Panas kan kuali masukkan butter 3 sudu dan minyak 1 sudu besar (minyak boleh mengelak butter menjadi hitam)
Masukkan kuning telur dan sentiasa kacau mengikut bulatan sehingga telur bertukar menjadi kuning keemasan.
masukkan udang,stok ayam,lada potong bawang merah dan putih,garam,serbuk perasa.
gaul sampai sebati,dan warna kekuningan dan agkat trus tapiskan butter prawn td.

Angkat dan letakkan didalam pinggan
selamat mencuba...

Wednesday, May 5, 2010

Tergamam aku seketika...Cuba Rasa....



Salam untuk blogger..
Aku berkesempatan untuk merasa,sesuatu yg lain dari yg lain dalam idup aku..
bangga bila ia ank malaysia yg mencipta ny...
gabunggan berbagai bagai rempah yg di adun hingga meresap ke dlm sedalamnya...
hingga aku terkedu,menelan air liur lalu ku telan semua..hehhe
ahhh sedapnya,ranggup luaranya,gebu di dalam nya.
SEDAPNYA

Anda harus segera pergi ke RFC
Anda harus segera pergi ke RFC
Anda harus segera pergi ke RFC

Apa maksud RFC?
Radix FRied Chiken

korang yg suka hot,bole la order yg spice.gmbr yg korg tgk ni set delight b
Buat semu blogger,jemput mkn.nk rasa
Belilah sendiri..


Ayam nya beso2,


Monday, May 3, 2010

Tawan & kuasai SANG LELAKI






Tawan & kuasai SANG LELAKI


KIta tawan diaa...kuasai sang lelaki..gua akal jgn guna emo.. jika anda nk jg wanita cantik,buka minda masukaan ilmu..untk di jadikan panduan bila sampai waktunya.nak tawan mcm2 lh guna cara,tepuk dada tanya hati..pilih lah yg berbudi sejuk di hati.untuk senang dihari tua nanti.


Wanita,
Secara jujur lrr kecantikan bukanlah syarat bagi laki2 untuk jatuh hati pd wanita.buktinya banyk pasangan yg tidak match bole kita nampk.yg penting sifat kewanitaan sejati yg anda miliki.lelaki yg terlalu mementingkn rupa,sebenarnya tidak jujurJAUHKN lelaki ni.jd tak timbul anda cantik atau tak.sebuah keta kalu bole bergerak laju tanpa mslh sama nilanya dengan kereta mewah
atas maksud yg samaa...


yg penting enjinya.
Manusia bergitu juga bukan?

Mmg lelaki sukakan wanita
jd jgn cepat mare apabila dpandang,ditegur,dusik....hai cik adk,syg intan payung,buah hati abg..conth!!!
jd wanita jgn wat muka mcm org sakit sembelit lak! control muka ayu,wat cool je,alahai comel muka mcm ni..lg geram en abg tau!! hehhehhe

wanita,kalu tak suka jgn bertindak guna silat gayung,jgn cabar ego lelaki dan maruah.lelaki bukan lah sampai hati sgt tetapi kadg2 mereka dirangsang untuk berkelakuan ganas dan wacccaa...jgn wat sesuatu yg bole wat hagat buletin utama,tajuk Raksasa pembunuh di sebabkan pempuan tak layan..aduhai,seliseh malaikat 44...amit2 cabang baiit..heheheh


Wanita,
jika korang tertarik lagi menarik..pada kumbang dpn mata perlulah bg dia "hint "jgn berlagak langsung tak ada pape.lelaki juga penuh dgn sifat malu dan kurang yakin.Bukan semu laki2 berani untuk pertama kali ckp kat wanita.Kebanyaakan lelaki pendiam dan gabra apabila berdpn dgn wanita,Ramai wanita kurg didekati kerana kurg menampakan minat,tp bila lelaki yg di minati di ambil org,kecewa..alahai kasehku..kesian aku tgk!.

wanita,
Apabila seorg telah melakukan kewajipan Rukun Islam dan menjg maruah diri dan taat pd suami maka di akhirat akan di seru untuk masuk pintu yg mana yg dia suka.

wanita
Maka binalah hubungaan untuk matlamat yg jelas iaitu perkahwinan dan jadikan perkahwinan jambatan menuju redha Ilahi

Sunday, May 2, 2010

Tutup kepala

Tudung kepala

Apa yg korang fikir tntg tudung,tp nie bkn tudung saji,TUdung ni bole dikira mcm pakai topi
keledar cuma yg ni cantik .kalu pakai ayu ..lagipun agama mewajibkan...mcm nie aku pakai
tudung sejak kecik lagi,tp awl2 pakai tudung mcm2 alasan aku bg kat mak aku,panas la,gatal la,sakit kpla,nanti berat kplanya..skrg alasan ni ank aku 4 thn guna lak...mcm di tau je ni ayat aku guna dulu kat mak aku(skrg atuk ank aku)

Pendkan ceta,
Byk tudung berada di pasaran,mcm jual ikn kat pasar...kalu g pasar mlm pun mesti ada suara2 yg test vokal..kat pasar.Aku suka beli tudung,tapi mak oooiii suami aku jeling mcm nk tutup kepala aku guna tudung saji...hehehe.Tudung ni ikut musim,mcm skrg tudung dari timur tengah.
Tudung pun bole letak nama,mcm tudung waheda,ratu ,ekin,siti la...mcm2

Aku nak tanya korang pempuan laa,nk tanya laki mcm salah soalan lak.kalu beli tudung selalu nk match dgn baju,tp kemana arah tudung yg bkn peten skrg?

Aku dan tudung skrg musim tudung...buat semu yg tegar ttng tudung,andalah org yg jg kepala..hehheh

ASAM PEDAS MELAKA

Bagaimanakan caranya untuk membuat asam pedas Melaka yang enak?

Ada beberapa versi masakan asam pedas di Melaka ini, dan dengan itu agak sukar utk menentukan yg manakah lebih "original" dari yg lain. Hanya orang-orang (tua) yg berasal dari Melaka yg dapat menilainya sendiri.

ASAM PEDAS MELAKA
600 g ikan parang,ikn pari terubok dll
1 batang serai, dititik
4-5 tangkai daun kesum (di sesetengah tempat, diganti dengan bungan kantan)
1½ sudu besar asam jawa } campur utk
400 ml air } air asam
300 g kacang bendi – dihiris pangkal
60 ml minyak
1 sudu besar gula
garam secukup rasa

Bahan Kisar:
15-20 tangkai cili kering – direndam
1 cm kiub belacan, dibakar
½ sudu teh lada hitami & ditumbuk dulu
½ sudu teh jintan putih }
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Cara membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan air asam jawa dan ikan. Masak hingga mendidih.
3. Bubuh daun kesum atau bunga kantan, kacang bendi, garam dan gula. Kacau sekali-sekala.
4. Bila bendi lembut dan ikan masak, angkat dan hidangkan.