Tuesday, November 16, 2010

Cantik kan kambing nie..hadiah untuk korang!!!!

Bermula Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Tahun ni kaseh akan beraya di Melaka,sebab ada keja yg wajib d tunaikan..siap keja terus bercuti panjang,sebab adek husband akan melangsungkan Majlis perkahwinan..jadi kaseh sgt2 sebuk,almaklun kaseh kakak ipar tunggal..heheheh..kaseh sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya korban Hayatilah maksud korban dgn penuh keinsafaan..

Wednesday, November 10, 2010

sakitnya ..bila ko tumbuh!!!!

SEBENARNYA tumbuhnya gigi bayi sudah dimulai sejak ia masih berupa janin. Namun karena pertumbuhannya masih di dalam rahang, maka proses ini tidak terlihat oleh mata kita. Makanya istilah yang lebih tepat untuk menamakan proses keluarnya gigi pada bayi sebenarnya bukan tumbuh, tapi “muncul”.Ini Doktor yg cakap..bukan kaseh yg cakap..

Gigi pertama baby biasanya ketika bayi berusia 7 bulan keatas.mcm baby kaseh. Tasnim skrg gigi atas nak keluar lagi n bawah.. sbb anak2 kaseh giginya tumbuh masa umur 7 bln keatas..,

Mia zara tasnim..gig besar!!!

jika baby seusia ini dan sering melihatnya memasukkan tangannya (atau benda lainnya) ke dalam mulutnya, maka kemungkinan besar tak lama lagi gigi pertamanya akan muncul.

Bila gigi mula tumbuh, aduhai,melelih air liur anak,tapi kejap je..bila dh byk gigi kurang lh..tp ada gak baby yg terus melelih..hehehe.agaknya mak nya ngidam tak dapat mkn kot..

Kadangkala, baby demam, Anak mula meragam disebabkan rasa tidak selesa ketika gigi mula keluar. Gusi anak akan berasa radang dan sakit. Proses pertumbuhan gigi adalah merupakan masa yang paling tidak selesa untuk si kecil anda. Tetapi, ada juga anak kecil yang tidak mengalami demam.Sebab antibodinya kuat kot..jadi minumlah susu Ibu..gigi baby akan kuat,baby yg minan susu ibu giginya besar2 sikit berbanding baby yg tak minum susu ibu..d sebabkan kalsium.

Anda juga boleh lihat perubahan pada pipi anak anda. Lazimnya, pipi akan menjadi kemerah-merahan akibat bengak pada gusi. Ruam juga berkemungkinan tumbuh disekeliling pipi dan mulut.


baby yg dh tubuh gigi,suka gigit benda2 keras..termasuklah bahu n jari korang..awasi baby ..dan jika korang bg susu badan,jika baby gigit,cepat2 tegur..nanti dia tak wat lagi.

Monday, November 8, 2010

Cuti-cuti makan Pizza Hut nak menang hadiah!!!!


Salam singgah ke blog ku ini.
Hujung minggu yg terasa sangat singkat,Byk cuti byk la jalan nya.Selamat Depavali,ku ucapkan pada kaum India..Aktiviti aku mlm d depavali,g shopping sale Metrojaya kat mitc Melaka,rasanya tahun ni mcm tak berapa best sgt berbanding MJ buat sebelum nie..kaseh lbh suka beli baju anak,naik gila rasanya kalu tgk baju anak banyak sale,hehehe..lagi2 anak ku girl..husband yg pilih,baju anak..sbb duit dia hehehe.Org ramai tul shopping,mcm pasar!!riuh tul.

Dapat yg berkenan d hati,buat pilihan ..kaseh mcm biasa beli baju anak matanya mesti nak warna purple ,Pink,kalu warna lain tak berkenan tul..kalu husband tak habis2 nak warna biru,warna2 anak lelaki,tapi kilang anak boy close lagi Hehehehe
.
Balik dari shopping,terus g mkn kat pizzahut,jom mkn pizza,yasmin yg sebuk ckp..kakak rasa nak makan pizza laaa mama..bapak dh jeling jek..hehehehe.Anak nak makan,kaseh ingat lagi masa ngandungkan tasnim,mengidam nak mkn pizza,test budak skrg dalam perut pun dah nak mkn mcm2..gara2 aku mkn pizza,tekanan darah aku naik..habis laaaaaaa.jika anda mengandung nak mkn pizza banyak minum air kosong.


Mkn Pizza Hut korang dapat hadiah,tak caya g la pizza hut sekarang!!!!!
If u crazy about cheese?
nak keterangan lanjut .Makan makan dapat hadiah RM 100.000 Nak hadiah tak!!! klik la pada gambar pizza hut di atas.

Tuesday, November 2, 2010

Cincin pernikahan indah di jari manismu..kau milikku







salam tak lama lagi musim cuti sekolah akan bermula,menjadi kebiasanya masa ni lah nak kawin,sebab sepanjang bulan 11 dan 12 ni kaseh telah menerima tempahan kek hantaran dan kek kawin bertingkat2 ingin order kek DISINI..jadi terfikir nak bagi ilmu sikit kepada bakal2 pengantin..

Mungkin tip-tip pembelian cincin pernikahan atau nk tambah koleksi cincin silalah mintak kat suami..mesti suami cakap nak letak cari kaki ker..hehehehehe.. panduan memilih cincin pernikahan. kenapa tak gelang kaki ker tangan ker..Rantai ..wow ssaper la yg emas tegak berdiri..tegak bulu roma ku.


Tapi panduan ini hanya berdasarkan apa yang kaseh fikir betul. Jadi ambil mana yang penting dan bersesuaian dengan budget korang..


1. Pastikan bajet anda yang sesuai. Cincin nikah sudah semestinya dibeli oleh pihak lelaki dan ikutlah kemampuan anda.

2. Tentukan jenis cincin yang bersesuaian dan menepati citarasa anda. Jika anda gemarkan cincin emas putih, beli.Emas 916 pun bagus ,jika akan datang jari tetiba gemuk,emas tu lh dijual ambak yg baru..harga emas turun dan naik.

3. Walaupun ada mempunyai bajet sendiri, mungkin ingin belikan bakal isteri anda selain cincin,budget terlebih..lagi bagus ..belilah gelang tangan,jgn beli gelang kaki nk pasang payah..

4. Buat survey sebelum membeli. Lebih elok anda tgk harga emas di pasaran terlebih dahulu,Emas ada turun naik nya..beli masa di turun lagi bagus.Heheheh,harga sale kdg2 kelirukan kita.

5. Terdapat kedai yang betul-betul mengadakan potongan harga pada sesuatu sambutan seperti Valentine Day (paling popular), hari Ibu dan perayaan. Namun perlu diingat, semasa potongan harga sebegini, lebih kerap melibatkan rekaan lama. Tetapi tidak mustahil anda akan menemui cincin yang rekaannya tidak terlalu lama dengan potongan sehingga 50%! Jika berminat, apa salahnya. Evergreen…

6. Rajinkan diri mencari maklumat tentang kedai-kedai berjenama seperti Habib Jewel,sri Pinang Tomey, Poh Kong dan lain-lain. Kebanyakan kedai seperti ini mempunyai hari-hari istimewa mereka yang membolehkan anda mendapat pilihan yang bersesuaian dengan bajet. Contohnya, Habib Jewel yang mengadakan Bulan Berlian pada setiap bulan April.Terkini Habib jewel ada buat jualan gudang.

7. Semasa membeli, pastikan anda mendapat maklumat jelas tentang jenis batu yang digunakan. Berlian terdapat pelbagai jenis dan harga. Selain itu, terdapat juga batu yang hampir menyerupai berlian tetapi sebenarnya tidak. cincin itu tiada harga di pasaran.

8. Jika jari anda kecil, kedai sedia mengecilkan cincin untuk ada. Tempoh mengecilkan ini bergantung pada kedai. Terdapat kedai yang perlu menghantarnya ke kilang dan ada yang boleh melakukannya sendiri. Pastikan anda mendapat kembali potongan yang telah dipotong dari cincin itu!

9. Pastikan anda megetahui gred emas anda sebelum membeli contohnya emas jenis 999 atau 916 atau berlian,emas putih,cincin Mutiara..

10.pemberian ini sungguh bermakna sebagai tanda ikatan yang murni.