Monday, October 25, 2010

Mia Zara Tasnim join contest Drypers

Adek tasnim..panggilan manjaku pada si debab nie..nanti tasnim datang kat mama,dgn bunyi iss iss nyek2.hu hu hu hu.ketawa,lucu sungguh mukanya.Tasnim berusia 10 bulan,gigi dah tumbuh 4 batang,dan akan keluar lagi 2 batang,alhamdullilah tasnim tidak demam,berkat minum susu ibu,
tasnim sekarang dah mula nak berjalan jatuh,seronok rasanya tgk perkembangan tasnim membesar,berbeda dgn kaknya..kuat mkn,pantang nampak mknan,pasti sebuk mengejar.Tasnim ni manja macam si bapak manja...hehehehe
Tasnim ni bulat sikit dari kaknya,Geram tgk baby tasnim.


tasnim nak join contest drypers,syarat2 untuk join contest mesti pakai jenama drypers,kena tunjuk..tu yang tasnim tak pakai baju hehehehe




Masa tasnim 3 bulan ,tasnim dapat hadiah percutian dari drypers..kiranya tasnim anak jenama drypers,drypers menyambut ulangtahun yg ke 10,tu yang kami sekeluarga di jemput dgn freenya.Mesti korang tak pecaya,kami d jemput.







kaseh nak join contest ni sebab nak sambut birthday tasnim dgn free..hehehe..ni kak tasnim.
nak join contest ni mudah je,tangkap gambar dan send butiran peribadi ke 0163399950 atau poskan di alamat drypers..tarikah tutup pada 15 nov 2010..gud luck


Bila aku nak dapat baby boy..

Sunday, October 24, 2010

cupcake kaseh
















kaseh berkesempatan nk share resepi kek cawan yg comel2 secomel tuan yg empunya..Hahahah
Nak tempah kek cawn lah tempah di Homemade
Resepi mudah dariku..

Vanilla cupcake

1/3 cawan mentega atau margerin, dilembutkan.

2/3 cawan gula
½ sudu teh baking powder.
½ sudu teh baking soda.
1 biji telur.
1 sudu teh vanilla.
1/3 cawan yoghurt tanpa perisa.
1/3 cawan susu segar.
1 1/3 cawan tepung gandum

CARA:
Panaskan oven 350°F (175°C).
Masukkan 12 keping alas cupcake dalam loyang
Di dalam mangkuk sederhana besar, pukul mentega dan gula hingga rata.Masukkan baking powder dan baking soda ke dalam adunan dan pukul sehingga berwarna pucat (selama 1 minit)

Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul sehingga kembang.Campurkan vanilla yoghurt dan susu dalam mangkuk yang lain.

  1. Dengan menggunakan mixer pada kelajuan yang rendah, pukul yoghurt dan susu bersama adunan mentega tadi. Adunan menjadi seakan dadih. Campurkan pula tepung sehingga adunan rata.

    Masukkan ke dalam loyang.

    Masak 15-20 minit bergantung oven korang ,hati2 jgn hangus Heheh..selepas tu lh deko..kalu tak boleh gak tempah jek!
Selamat mencuba..

Wednesday, October 20, 2010

Cuti umum sempena perisytiharan Melaka Maju 2010

Terkini,klik di sini
Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam hari ini

Melaka 20 Okt - Kerajaan negeri hari ini mengumumkan esok sebagai cuti umum sempena perisytiharan Melaka Maju 2010.


Info:Melaka Maju 2010 Negeri Bandar Teknologi Hijau

Negeri Melaka akan diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat. Ianya akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia langsung dari PWTC. NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU. Jangan lupa jumpa di sana!

Pertama kali kaseh jejakan kaki ke Mlk,pada 1999,masa tu kaseh belajar di Melaka,ingat dh tak pergi Melaka lagi,tapi akan bermastautin kat sini lak hehehe,jadi lah org Melaka,seronok tinggal di sini dan rasa bertuah bila Melaka akan jadi Melaka Maju 2010.Melaka sinonim dengan tempat2 yg menarik dan cantik..Kaseh ingin Kongsikan tempat yg menarik untuk di kunjungi bila tiba di Melaka.




















Untungnya abg ni siap d tangkap gambarnya,banyak Poskad Negeri Melaka ada wajah nya..lagi handsome lembu jantan ni..Hitam2 si kulit Mangis Heheheh..























Banyak lagi tempat yang menarik di Melaka,Bercutilah di Melaka...Post kaseh yg lepas ada gambar2 yg best kat melaka.
kata dari org ni:

























jika anda ingin lebih maklumat tentang Melaka Maju..Singgah di sini

Sunday, October 17, 2010

Khasiat Pelukan kunci kaseh Sayang







Santai hujung Minggu dgn memeluk husband.Hehehehe.Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

Lagipun pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.tak susah pun..peluk jek,kaseh dulu nk peluk suami muat lagi sekarang nk peluk dh tak muat g,habis suami dah debab heheheh,Bagi yg akan berkahwin,jadikan budaya peluk pasangan sebagai rutin.untuk bg kaseh sayang lg kuat.

Pelukan pasangan boleh mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan,kalu korang tgk pasangan yg slim je,tu maknanya suami rajin peluk isterinya mcm kaseh hehehe,patutla kaseh ni dah dua anak maintain g..kaki bak padi bunting hahahaha..rupanya suami rajin peluk,Patut la husband kaseh debab sikit ,kaseh kurang peluk,nk kena peluk nie.

Yang last ni indah nya jika hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
Wajah yg berseri2 biasanya pd pasangan yg baru sah menjadi suami isteri,kan..sbbnya baru d sentuh,wajib d teruskan.gud Luck


HAA...TUNGGU APA LAGI...PELUK JANGAN TAK PELUK

Thursday, October 14, 2010

Melaka maju 2010

Sebelum kaseh nk cerita ,ucapan tahniah untuk kerajaan negeri Melaka,untuk mengistiharkan Melaka maju 2010 akan d rasmikan d stadium Hang jebat kerubong,Datang lah beramai2 untuk memeriahkan lagi perasmian tersebut,Pengisytiharan tersebut akan diadakan di Stadium Hang Jebat dengan konsep ‘ Melaka Maju 2010 : Negeri Bandar Teknologi Hijau’. Sesuai dengan temanya, pengunjung-pengunjung digalakkan memakai pakaian berwarna hijau pucuk pisang,kalu semu pakai baju pucuk pisang,dah mcm kebun pisang.















Pada majlis tersebut, satu ‘video conferencing’ akan diadakan bersama Perdana Menteri dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Acara menarik yang lain adalah persembahan Multimedia Melaka Maju 2010 yang menunjukkan kejayaan besar Melaka di peringkat negeri, nasional dan antarabangsa serta persembahan koir lagu Melaka Maju 2010 serta karnival Melaka Maju yang akan diadakan di perkarangan Stadium Hang Jabat pada 18 dan 19 Oktober 2010 dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Hadiah yg d tawarkan bagi pengungjung , Pertama Sebuah Rumah...Kedua sebuah Kereta..ketiga Motosikal dan banyak g untuk pengunjung bertuah..Jgn lepaskan peluang,mana tau rezeki korang..husband kaseh siap berangan kalu dapat Rumah,terus up date kat Blog..Hehehe

kaseh nak sangat pg masa ni tapi tak pasti,yelah nk bawak anak lagi kesian pasti sesak,Melaka ni Negeri yg kecik tapi penduduknya n Pelancong nya sgt ramai,Melaka ni Best lah,nk jln2 jarak nya tak jauh,Trafik light je banyak..Heheehehe

Wednesday, October 13, 2010

Taiwan Larang Mkn Mee Segera Indomie

Kalau tak silap aku,Sebahagian rakyat Malaysia suka mkn mee Segera,tak kira umur atau warna kulit..mee segera adalah mknan yg paling mudah dan cepat,lagi2 kalu yg malas msk!heheheh Betul apa kaseh ckp,tapi mee segera ni sedap,Mee Segera lain la..bukan Indomie..
Benar taiwan dh tarik balik Mee Segera Indomie atas sbb terlebih bahan Pengawet mkn..sumber kaseh dapat d SINI ..Korang kenal tak!Mee Segera Indomie,Tgk gambar d bawah..kaseh suka iklan Mee Segera Indonesia,











Adakah Malaysia dh Check,kandungan Bahan Pengawet Indomie ni,takut2 esok ada yg saman Indomie..skrg ni saman bukan sikit2 main juta2..tak main ribu2..Huh! leh jadi Jutawan..wawawa

Selain itu, pihak berkuasa di Taiwan turut menghubungi pengilang Indomie, PT Indofood supaya mengurangkan kandungan pengawet Methyl P-Hydroxybenzoate pada standard yang ditetapkan Kerajaan Taiwan.














"Namun, selepas melakukan ujian kedua pada minggu lalu, kami masih menemui kandungan bahan pengawet dalam jumlah berlebihan. Justeru, tindakan menarik produk berkenaan dari pasaran terpaksa dilakukan," ujarnya.

Taiwan akan membenarkan penjualan Indomie di negara itu sekiranya PT Indofood bertindak mengurangkan bahan pengawet seperti yang ditetapkan. - Taiwan tak lah kejam sgt,untuk tidak membenarkan penjualan Mee Segera ni ,Sedap tu Mee Segera ni..lazat d Mkn,Jilat2 Pinggn nanti.

P/S:Menurut Sejarah,Mee Segera bermula dari Jepun,Betul ker?

kaseh kematu pgl Mee Segera Adalah Maggie..Korang lak?Jenama ni dari kecik kaseh pgl,jd liat nk pgl Mee segera..ttp maggie..kesian Compny maggie

Tuesday, October 12, 2010

Video Datuk Dr Sheikh Muzaffar Syukor Wedding of The year

Persandingan Kayangan Angkasawan
Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan Ragaku
Menantimu walau Sensara
jika ini ketentuanya
jika ini hakikatnya
Aku serahkan Jiwa dan Raga ku
Kau kan jadi milik ku jua..



video

Keyword n Trafik!! ..Hot

Tarikah 10.10.2010 adalah date yg susah nk jumpa,kalu jumpa pun aku dh tak ada g kat muka bumi,aku kat tiang dua..yg bestnya aku pun lahir bulan 10 gak tapi 4.10 laa..org cina ckp no 4 ni number mati..ni kalu feng sui..cina.yg penting muka aku je mcm cina...heheheh tapi melayu.















10.10.2010 ni aku check kat nuffnang,keyword aku naik tinggi dari hari biasa,tajuk wedding of the year..
kira ok bagi aku kalu nk banding dgn org lain..yg lagi tinggi,tak main tus2 tapi bu je.Dasyat diorg,kalu tak silap aku,dalia 15 k tu...kaya dgn uv tul.aku rasa kalu 15 k tu dh lh beli gelang emas...tahniah2..Apapun tinggi atau rendah uv atau pv..yg penting u all happy.

Monday, October 11, 2010

kemalangan ngeri di simpang Ampat

SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.

Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.

Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres itu.

Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat.

Sehingga pukul 11 malam ini, pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mayat mangsa termasuk penumpang bas dan kenderaan yang dihempap oleh bas itu.

Difahamkan, mangsa yang maut adalah pemandu bas dan penumpang serta penumpang dua buah kereta yang terhimpit dihempap bas tersebut.

Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, Dr. Jaafar Che Mat pada sidang akhbar lewat malam ini memaklumkan, pihaknya menerima 24 orang mangsa yang cedera terdiri daripada lapan lelaki dan 16 wanita, kesemuanya dewasa.

Katanya, seorang daripada mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Menurut beliau, kesemua mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat, manakala mereka yang cedera menerima rawatan di HTJ.

Antara yang dilihat menerima rawatan termasuk seorang pelancong warga Jepun.

Berikutan kemalangan itu, pihak polis telah menutup laluan masuk ke lebuh raya arah selatan di Plaza Tol Pedas, Linggi di Rembau.

Kebanyakan kenderaan yang memasuki lebuh raya dinasihatkan oleh Plus Expressways Berhad (PLUS) untuk menggunakan laluan alternatif.

sumber:Disini

Selamat Pengantin Baru Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Halina

Bila Imam selamat nikah mereka berdua,maka sahlah pasangan ini menjadi husband n wife,bagai pinang d belah dua,umpama siang dgn suria yg d puja..kaseh sayang d pancar,ucapan Selamat pengantin Baru kaseh ucapkan..Tahniah dari ku..
Kalu u all sempat tgk tv3 mlm tadi,dapat la korang tgk majlis persandingan mereka berdua kalu tak sempat tonton d sini,
video
cantik sungguh pengantin dua sejoli,dgn rekaan dari pereka cosry..lagi cantik kalu ada dayang2

Video seterusnya layan.

video

Friday, October 8, 2010

Datuk Dr Sheikh Muszaphar wedding of the year


Salam Berkesempatan ini kaseh nk ucapkan selamat pengantin baru buat bakal pengantin yg sama padan..bagai strawbwrry d belah dua..Angkasawan Negara akan bernikah,d bulan,cuba ttgk gambar atas ni,heheheh jom kita ikut sekali..best giler..Tahniah doktar
Datuk pun jemput semua Warga Malaysia,tak caye ker tgk la dia bagi kad jemputan yg aku ambk dari NARA
Kad jemputan,jgn lupa g...


Pastinya 10 Oktober 2010 merupakan satu tarikh keramat buat Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan juga tunangnya, Dr Harlina Mohd Yunos yang bakal menaiki jinjang pelamin selepas bertunang sejak 1 Januari 2010 yang lalu. Malah tarikh 10.10.10 juga dilihat sebagai sesuatu yang amat menarik kerana bukan sahaja bakal menjadi ulangtahun perkahwinan pasangan yang diraikan ini, secara kebetulan, ia juga merupakan ulang tahun ketiga Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke angakasa lepas (2007). Dengan jemputan seramai 10,000 orang dan dilengkapi persiapan secara besar-besaran, perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Mohd Yunos boleh diisytiharkan sebagai ‘wedding of the year’. Istimewa untuk para peminat dan semua penonton di Malaysia, kini anda boleh saksikan sendiri acara gilang-gemilang ini menerusi siaran langsung khas yang dibawakan eksklusif oleh TV3 pada hari Ahad ini.

Jangan lupa menyaksikan detik bersejarah ini bemula pukul 2.00 petang Ahad ini di TV3 menerusi slot program NONA yang bakal dihoskan oleh Siti Hasfizza Aswaty Sabjahan (Fiza WHI) membawa kita ke belakang tabir di sebalik persediaan dan proses perancangan majlis gilang-gemilang bermula daripada hari pertunangan yang bertempat di Hotel Allson Klana, Seremban, Negeri Sembilan Januari lalu termasuklah majlis akad nikah yang akan diadakan di Masjid ‘Besi’ Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula jam 11.00 pagi. kalu nk lihat banyak g info n terkini sila pergi ke..HOT HOT nara

Baju pengantin yg sgt sgt mahal ,bakal pengantin akan mendapat khidmat pereka baju pengantin yg terhebat siapa lagi,nasib aku tak mampu..hehehhe
.