Sunday, May 2, 2010

ASAM PEDAS MELAKA

Bagaimanakan caranya untuk membuat asam pedas Melaka yang enak?

Ada beberapa versi masakan asam pedas di Melaka ini, dan dengan itu agak sukar utk menentukan yg manakah lebih "original" dari yg lain. Hanya orang-orang (tua) yg berasal dari Melaka yg dapat menilainya sendiri.

ASAM PEDAS MELAKA
600 g ikan parang,ikn pari terubok dll
1 batang serai, dititik
4-5 tangkai daun kesum (di sesetengah tempat, diganti dengan bungan kantan)
1½ sudu besar asam jawa } campur utk
400 ml air } air asam
300 g kacang bendi – dihiris pangkal
60 ml minyak
1 sudu besar gula
garam secukup rasa

Bahan Kisar:
15-20 tangkai cili kering – direndam
1 cm kiub belacan, dibakar
½ sudu teh lada hitami & ditumbuk dulu
½ sudu teh jintan putih }
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Cara membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan air asam jawa dan ikan. Masak hingga mendidih.
3. Bubuh daun kesum atau bunga kantan, kacang bendi, garam dan gula. Kacau sekali-sekala.
4. Bila bendi lembut dan ikan masak, angkat dan hidangkan.

2 comments:

Ummi Fitrah said...

nampak sedap la
nati nak cuba la kalau ada masa

kaseh cempakaz said...

cubalah...