salam tak lama lagi musim cuti sekolah akan bermula,menjadi kebiasanya masa ni lah nak kawin,sebab sepanjang bulan 11 dan 12 ni kaseh telah menerima tempahan kek hantaran dan kek kawin bertingkat2 ingin order kek DISINI..jadi terfikir nak bagi ilmu sikit kepada bakal2 pengantin..
Mungkin tip-tip pembelian cincin pernikahan atau nk tambah koleksi cincin silalah mintak kat suami..mesti suami cakap nak letak cari kaki ker..hehehehehe.. panduan memilih cincin pernikahan. kenapa tak gelang kaki ker tangan ker..Rantai ..wow ssaper la yg emas tegak berdiri..tegak bulu roma ku.
Tapi panduan ini hanya berdasarkan apa yang kaseh fikir betul. Jadi ambil mana yang penting dan bersesuaian dengan budget korang..
1. Pastikan bajet anda yang sesuai. Cincin nikah sudah semestinya dibeli oleh pihak lelaki dan ikutlah kemampuan anda.
2. Tentukan jenis cincin yang bersesuaian dan menepati citarasa anda. Jika anda gemarkan cincin emas putih, beli.Emas 916 pun bagus ,jika akan datang jari tetiba gemuk,emas tu lh dijual ambak yg baru..harga emas turun dan naik.
3. Walaupun ada mempunyai bajet sendiri, mungkin ingin belikan bakal isteri anda selain cincin,budget terlebih..lagi bagus ..belilah gelang tangan,jgn beli gelang kaki nk pasang payah..
4. Buat survey sebelum membeli. Lebih elok anda tgk harga emas di pasaran terlebih dahulu,Emas ada turun naik nya..beli masa di turun lagi bagus.Heheheh,harga sale kdg2 kelirukan kita.
5. Terdapat kedai yang betul-betul mengadakan potongan harga pada sesuatu sambutan seperti Valentine Day (paling popular), hari Ibu dan perayaan. Namun perlu diingat, semasa potongan harga sebegini, lebih kerap melibatkan rekaan lama. Tetapi tidak mustahil anda akan menemui cincin yang rekaannya tidak terlalu lama dengan potongan sehingga 50%! Jika berminat, apa salahnya. Evergreen…
6. Rajinkan diri mencari maklumat tentang kedai-kedai berjenama seperti Habib Jewel,sri Pinang Tomey, Poh Kong dan lain-lain. Kebanyakan kedai seperti ini mempunyai hari-hari istimewa mereka yang membolehkan anda mendapat pilihan yang bersesuaian dengan bajet. Contohnya, Habib Jewel yang mengadakan Bulan Berlian pada setiap bulan April.Terkini Habib jewel ada buat jualan gudang.
7. Semasa membeli, pastikan anda mendapat maklumat jelas tentang jenis batu yang digunakan. Berlian terdapat pelbagai jenis dan harga. Selain itu, terdapat juga batu yang hampir menyerupai berlian tetapi sebenarnya tidak. cincin itu tiada harga di pasaran.
8. Jika jari anda kecil, kedai sedia mengecilkan cincin untuk ada. Tempoh mengecilkan ini bergantung pada kedai. Terdapat kedai yang perlu menghantarnya ke kilang dan ada yang boleh melakukannya sendiri. Pastikan anda mendapat kembali potongan yang telah dipotong dari cincin itu!
9. Pastikan anda megetahui gred emas anda sebelum membeli contohnya emas jenis 999 atau 916 atau berlian,emas putih,cincin Mutiara..
10.pemberian ini sungguh bermakna sebagai tanda ikatan yang murni.
4 comments:
panduan yg berguna ni.. bulan 11 dan 12 musim banjir dan musin kawin
terbaek la,,hihi
terbaek la,,hihi
whitebird..hehehe betul2 banjir n kawin
dakpipimerah..mintak cincin terbek tau!
Post a Comment