Wednesday, July 7, 2010

Muffin Apple kaseh




BAHAN - BAHANNYA :-)
180 g mentega
100 g gula perang (brown sugar)
40 g gula halus
2 biji telur saiz A
80 ml susu segar
200 g tepung gandum*
2 camca teh baking powder*
1/4 camca teh serbuk kayu manis (optional)*(*digaul rata dan ayak)
1 biji epal hijau, kupas kulit dan parut kasar
10 - 15 biji kacang hazelnut, cincang kasar
1 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas bekas muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Putar mentega, gula perang dan gula halus hingga rata. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
  2. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis, gaul rata. Masukkan esen vanilla, epal dan cincangan kacang hazelnut , gaul rata menggunakan spatula,tak ada guna senduk je
  3. Sudukan ke dalam bekas muffin tadi 3/4 penuh, buat hingga siap dan bakar 20 - 25 minit hingga kuning keemasan mengikut keadaan oven masing. sejukan ..siap,hiaskan dgn aising atau mkn terus pun lh.
*Muffin ni menerima tempahan.jika anda berada d melaka dan di sekitar kluang,kulai,bandar Tenggara ,simpang Renggam*

4 comments:

NaNaJoe said...

wah kak!!
nampak nye sgt sedap ni..huhuhu~~

kaseh cempakaz said...

sdp la nana,akak suka gak.

caliph shuriken said...

muffin.. tingat cik ain, dia pun suka buat muffin2 ni ^^

Cik Bucken said...

definitely want to try!!